Thursday 19 July 2012

Masih

Masih
Teringat.
Pertama kali bertemu dan bersua muka.
Di zaman persekolahan menengah rendah.
Nama samaran diberi.
Untuk membezakan kau yang mempunyai nama yang sama.
"Ja"

Masih.
Teringat.
Memasuki persekolahan menengah.
Kemudian.
Memasuki sekolah aliran teknikal bersama.
Menunggu prebet sapu untuk ke sekolah
Menumpang ibumu untuk kes sekolah.
Acapkali jua terlewat.

Masih.
Teringat.
Menapak kira-kira.
1 km untuk ke jalan besar.
Untuk pulang ke rumah.
Selepas kelas tamat.

Masih.
Teringat.
Hilai tawa.
Gurauan.
Persoalan.
Percakapan.

Masih.
Teringat.
Memasuki asrama sekolah bersama.
Dorm yang sama.
Katil double decker yang sama.
Kau katil bawah, abam katil atas.
Terima kasih untuk kau.
Abam satu-satunya pelajar yang kurang pandai.
Dapat menginap di dorm pelajar pandai.

Masih.
Teringat.
Ketika di surau sekolah.
Menunggu waktu solat maghrib berjemaah.
Zikir munajat di udara.
Disaat abam kesedihan.
Ketika ibu abam.
Dalam keadaan yang tidak sihat.
Kau tepuk belakang abam.
Untuk meredakan kesedihan abam.

Walaupun.
Selepas sekolah.
Jarang berjumpa.
Perkhabaran seringkali didengar.

Kadang kala.
Jika Abam pulang ke kampung.
Sering melintasi hadapan rumah.
Jika kelibat mu terlihat.
Abam menanyakan khabar.

Kali terakhir.
Kau menjemput abam.
Ke kenduri kahwinmu.
Abam tidak dapat memenuhi undanganmu.
Hanya sms sebagai permohonan maaf abam.

Sms.
Dari rakan.
Memberikan khabar.
Yang menyedihkan.
Kau.
Kau yang pernah menyinari.
Hidup Abam.
Pergi buat selamanya.
.........

Alfatihah.

Terima kasih.
Kerana menjadi.
Kawan yang baik.
Kenangan bersama.
Akan kekal.
Di lipatan hidup Abam.

No comments:

Post a Comment