Monday, 31 December 2012

Tabung Bencana NSTP Media Prima

NSTP Dan Media Prima telah melancarkan Tabung Bencanau untuk penduduk Malaysia yang berhadapan dengan masalah banjir.
Bersama-samalah kita menghulurkan bantuan.
InshaaAllah.


Friday, 28 December 2012

U.S.A

Nasi goreng U.S.A
Sebenarnya adalah singkatan
Nasi goreng Udang Sotong Ayam.

Betul?

Amarika

"Be,nasik goreng amarika so..."
"nasik goreng amarika?"
"ho,nasik gorang amarika?

???

"Be,nasik goreng U.S.A so...."

Thursday, 27 December 2012

Portal Banjir

Untuk makluman dan status terkini banjir.
Sila lawati Laman Sesawang Portal Banjir
Semoga semua mangsa.
Tabah menghadapi dugaanNya.

Jom Puasa


Wednesday, 26 December 2012

Monday, 1 October 2012

Sesak Memerut Part 1

Kalau kau sakit perut.
Memulas.
Dan.
Jalan Sesak.

Ke tempat kerja.
Percayalah.
Kaulah manusia.
Paling Gagah.

Aummmmm!

Thursday, 20 September 2012

Hilang

Surat Beranak hilang.
Tak boleh confirm.
Keturunan dan Agama.


Matilah.

Tuesday, 21 August 2012

syawal 1433



Umar Asif
selamat hari raya
maaf zahir batin






Thursday, 16 August 2012

Nak Raya

Jasad di sini.
Hati di kampung.

Tahun ni.
Beraya di rumah Abam dulu.
Ehem!

Tuesday, 14 August 2012

Biskut Raya

Tak buat.
Telur lima ringgit tak sampai-sampai.
Dari Semenyih.

Monday, 13 August 2012

Monday, 6 August 2012

Nuzul Quran

17 Ramadhan.
Memperingati turunnya Al-Quran.

Monday, 30 July 2012

Sedap

Pegang dihujung jari.
Gigit kecil-kecil.
Kunyah sikit-sikit.
Arghhhhh...sedapnya.
Chipsmore.
Umar.
Please...
Baba puasa ni....

Saturday, 28 July 2012

Friday, 27 July 2012

sesat

Iftaar di Palm Garden.
Tapi.
Masuk parking di Marriot.

Thursday, 26 July 2012

tujuh

Hari ini.
Genap 7 tahun.
Arwah Ki meninggalkan kami.

Al fatihah.
Semoga roh arwah Haji Mokhtar Bin Awang.
Bersama-sama mereka yang beriman.

Amin.

Tuesday, 24 July 2012

Monday, 23 July 2012

Ramadhan

Bulan yang penuh keberkatan.
Diawalnya terdapat Rahmah.
Ditengahnya penuh Maghfirah.
Dihujungnya adalah janji Allah s.w.t.
bagi mereka yang beriman serta ikhlas
yakni akan dibebaskan dari api neraka.
InshaAllah

Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat berpuasa

Thursday, 19 July 2012

Masih

Masih
Teringat.
Pertama kali bertemu dan bersua muka.
Di zaman persekolahan menengah rendah.
Nama samaran diberi.
Untuk membezakan kau yang mempunyai nama yang sama.
"Ja"

Masih.
Teringat.
Memasuki persekolahan menengah.
Kemudian.
Memasuki sekolah aliran teknikal bersama.
Menunggu prebet sapu untuk ke sekolah
Menumpang ibumu untuk kes sekolah.
Acapkali jua terlewat.

Masih.
Teringat.
Menapak kira-kira.
1 km untuk ke jalan besar.
Untuk pulang ke rumah.
Selepas kelas tamat.

Masih.
Teringat.
Hilai tawa.
Gurauan.
Persoalan.
Percakapan.

Masih.
Teringat.
Memasuki asrama sekolah bersama.
Dorm yang sama.
Katil double decker yang sama.
Kau katil bawah, abam katil atas.
Terima kasih untuk kau.
Abam satu-satunya pelajar yang kurang pandai.
Dapat menginap di dorm pelajar pandai.

Masih.
Teringat.
Ketika di surau sekolah.
Menunggu waktu solat maghrib berjemaah.
Zikir munajat di udara.
Disaat abam kesedihan.
Ketika ibu abam.
Dalam keadaan yang tidak sihat.
Kau tepuk belakang abam.
Untuk meredakan kesedihan abam.

Walaupun.
Selepas sekolah.
Jarang berjumpa.
Perkhabaran seringkali didengar.

Kadang kala.
Jika Abam pulang ke kampung.
Sering melintasi hadapan rumah.
Jika kelibat mu terlihat.
Abam menanyakan khabar.

Kali terakhir.
Kau menjemput abam.
Ke kenduri kahwinmu.
Abam tidak dapat memenuhi undanganmu.
Hanya sms sebagai permohonan maaf abam.

Sms.
Dari rakan.
Memberikan khabar.
Yang menyedihkan.
Kau.
Kau yang pernah menyinari.
Hidup Abam.
Pergi buat selamanya.
.........

Alfatihah.

Terima kasih.
Kerana menjadi.
Kawan yang baik.
Kenangan bersama.
Akan kekal.
Di lipatan hidup Abam.

Friday, 13 July 2012

sembur

Kalau kena sembur.
Dengan air Lipton Ice Tea.
Ke muka.
Terasa segar.
Sepanjang hari.

Wednesday, 11 July 2012

asyik

asyik asyik aku
asyik asyik aku
asyik asyik aku
asyik asyik aku

time azan...
barulah nak pergi buang sampah
barulah nak mandi
barulah nak tanak nasi
barulah nak sampai rumah

sampai sampai je
dah rakaat ke dua...ke tiga...

..............

luahan hati abam tingkat atas sekali rumah hujung tepi tangga



Thursday, 5 July 2012

kalau

kau tiba-tiba.
teringatkan pada seseorang.
mungkin.
orang yang kau ingatkan itu.
sedang ingatkan kau.

Saturday, 30 June 2012

Jemaah

Abang,
kalau nak solat tu.
off kan lah telefon bimbit.
Nanti.
Abam tak khusyuk.
Sepanjang solat ada lagu iringan.
Soldier Of Fortune pulak tu ringtone abang.
Ha ha ha

Sekian.

Tuesday, 19 June 2012

Derma Darah

Pertama kali.
Sepanjang hidup 30 tahun 6 bulan.
Abam derma darah.
Sesiapa yang berminat untuk menderma darah.
Bolehlah ke Pusat Darah Negara , Jalan Tun Razak.
Derma darah adalah HARUS.
InshaAllah :)

Monday, 18 June 2012

Peristiwa Israk Dan Mikraj

27 Rejab.
Berlakunya Peristiwa Israk Dan Mikraj.
Bersama-samalah kita.
Menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Junjungan kita.
Nabi Muhammad S.A.W
Semoga kita menjadi.
Hamba Allah yang Soleh.
InshaAllah.

Something to share.
Credit to http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/27/amalan-dan-iktibar-peristiwa-israk-dan-mikraj/

Friday, 15 June 2012

Oyang UA

Semalam.
Ke KLIA.
Ambil Oyang UA.
Baru sampai ke Malaysia.
Selepas 2 minggu membuat Umrah.
Alhamdulillah.
Semua selamat.

Thursday, 14 June 2012

measles

Di usia 30 tahun 4 bulan.
Baru terkena penyakit Measles.
Comel kan?

Monday, 11 June 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Dan.
Selamat menempuh kesesakan jalan raya.
Atoiiiii nya!

Friday, 8 June 2012

kadang kala

Adakah kita bersedia.
Untuk menerima kehilangan sesuatu yang kita kasihi.
Mampukah kita menghadapinya...

Monday, 2 April 2012

Kira-Kira

Lebih kurang setengah tahun.
Tak balik ke kampung halaman.
Jatuh hukum jadi anak derhaka tak?

Sunday, 5 February 2012

Monday, 16 January 2012

Ini - Episod Satu

Lama tak hadap blog ni.
Sebab.
Lappy kunun-kunun comel itu.
Telah meninggalkan dunia yang fana ini.
R.I.P Mr.Lappy.
Kali ni. Abam nak rebiu (Apakah?) perkara-perkara.
Yang berlaku dalam hidup abam.


1. Abam sekeluarga telah berpindah ke rumah baru.
Masih lagi abam dan keluarga tinggal di rumah jenis tinggi dan banyak pintu.Abam masih suka menggunakan istilah rumah burung.
    
2. Tempat baru ada sedikit hutan.Boleh berangan macam berada di tempat peranginan.Kunun-kunun lah.Oh! U.A pun dah pandai nak bermain di taman permainan.Pernah jugak beliau lencun kerana bermain dengan air pancut.(Apakah?)

3. Tempat tinggal baru kira-kira 15 kilometer untuk sampai ke   pejabat.Ketika cuti sekolah,kira-kira 15 minit untuk sampai ke pejabat.
Ketika tidak cuti sekolah, kira-kira 30 minit untuk sampai ke pejabat.Seronok kan?  Pagi-pagi senaman kaki dan mulut.

4. Kadar tol pergi dan balik ialah RM2.Dan sesak.

5. Sekarang terpaksa bangun awal. Seawal jam 05:30 pagi.

6. U.A kadang kadang tidur semasa perjalanan pagi nak ke Taska beliau.Kalau beliau terjaga, tak senang duduk dipangkuan The Wife. Beliau kagum dengan lampu-lampu kenderaan bergerak.Pernah juga U.A tidur di dash board

7. Entri kali ini seboleh-bolehnya menggunakan bahasa melayu.

8. U.A sekarang sudah berusia setahun 2 bulan. Tapi.
Beliau masih belum berjalan dengan sendiri.

9. U.A sudah 2 kali dibotakkan oleh abam. Dulu, masa rambut U.A panjang.Rambut beliau sentiasa terpacak.The Wife yang buat. Baru remaja.Kata The Wife lah.

10. Alat mainan U.A dah 3 bakul. Tapi separuhnya telah rosak. Asyik kena dipermainkan secara kasar. :)

11. U.A sekarang amat aktif.Tapi Abam dan The Wife maintain tak kurus.

12. Oh.Kikie tinggal dengan kami. Beliau melakukan latihan amali di sebuah syarikat berdekatan dengan KLCC.

13. Ketika entri ini ditulis, The Wife baru tersedar dari tidur.    Selepas menyusukan U.A. Alhamdulillah. U.A masih belum putus dengan susu ibu.

14. http://nurullovebeauty-nuyu.blogspot.com adalah blog terbaru The Wife. Blog lama telah ditutup. Beliau takut terlebih  glamor.

15. Ketika point ke 15 ini tulis,Abam berkira-kira untuk berhenti saja di point ini.
Nanti sambung ke Episod ke Dua. InshaAllah.