Monday 30 July 2012

Sedap

Pegang dihujung jari.
Gigit kecil-kecil.
Kunyah sikit-sikit.
Arghhhhh...sedapnya.
Chipsmore.
Umar.
Please...
Baba puasa ni....

Saturday 28 July 2012

Friday 27 July 2012

sesat

Iftaar di Palm Garden.
Tapi.
Masuk parking di Marriot.

Thursday 26 July 2012

tujuh

Hari ini.
Genap 7 tahun.
Arwah Ki meninggalkan kami.

Al fatihah.
Semoga roh arwah Haji Mokhtar Bin Awang.
Bersama-sama mereka yang beriman.

Amin.

Tuesday 24 July 2012

Monday 23 July 2012

Ramadhan

Bulan yang penuh keberkatan.
Diawalnya terdapat Rahmah.
Ditengahnya penuh Maghfirah.
Dihujungnya adalah janji Allah s.w.t.
bagi mereka yang beriman serta ikhlas
yakni akan dibebaskan dari api neraka.
InshaAllah

Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat berpuasa

Thursday 19 July 2012

Masih

Masih
Teringat.
Pertama kali bertemu dan bersua muka.
Di zaman persekolahan menengah rendah.
Nama samaran diberi.
Untuk membezakan kau yang mempunyai nama yang sama.
"Ja"

Masih.
Teringat.
Memasuki persekolahan menengah.
Kemudian.
Memasuki sekolah aliran teknikal bersama.
Menunggu prebet sapu untuk ke sekolah
Menumpang ibumu untuk kes sekolah.
Acapkali jua terlewat.

Masih.
Teringat.
Menapak kira-kira.
1 km untuk ke jalan besar.
Untuk pulang ke rumah.
Selepas kelas tamat.

Masih.
Teringat.
Hilai tawa.
Gurauan.
Persoalan.
Percakapan.

Masih.
Teringat.
Memasuki asrama sekolah bersama.
Dorm yang sama.
Katil double decker yang sama.
Kau katil bawah, abam katil atas.
Terima kasih untuk kau.
Abam satu-satunya pelajar yang kurang pandai.
Dapat menginap di dorm pelajar pandai.

Masih.
Teringat.
Ketika di surau sekolah.
Menunggu waktu solat maghrib berjemaah.
Zikir munajat di udara.
Disaat abam kesedihan.
Ketika ibu abam.
Dalam keadaan yang tidak sihat.
Kau tepuk belakang abam.
Untuk meredakan kesedihan abam.

Walaupun.
Selepas sekolah.
Jarang berjumpa.
Perkhabaran seringkali didengar.

Kadang kala.
Jika Abam pulang ke kampung.
Sering melintasi hadapan rumah.
Jika kelibat mu terlihat.
Abam menanyakan khabar.

Kali terakhir.
Kau menjemput abam.
Ke kenduri kahwinmu.
Abam tidak dapat memenuhi undanganmu.
Hanya sms sebagai permohonan maaf abam.

Sms.
Dari rakan.
Memberikan khabar.
Yang menyedihkan.
Kau.
Kau yang pernah menyinari.
Hidup Abam.
Pergi buat selamanya.
.........

Alfatihah.

Terima kasih.
Kerana menjadi.
Kawan yang baik.
Kenangan bersama.
Akan kekal.
Di lipatan hidup Abam.

Friday 13 July 2012

sembur

Kalau kena sembur.
Dengan air Lipton Ice Tea.
Ke muka.
Terasa segar.
Sepanjang hari.

Wednesday 11 July 2012

asyik

asyik asyik aku
asyik asyik aku
asyik asyik aku
asyik asyik aku

time azan...
barulah nak pergi buang sampah
barulah nak mandi
barulah nak tanak nasi
barulah nak sampai rumah

sampai sampai je
dah rakaat ke dua...ke tiga...

..............

luahan hati abam tingkat atas sekali rumah hujung tepi tangga



Thursday 5 July 2012

kalau

kau tiba-tiba.
teringatkan pada seseorang.
mungkin.
orang yang kau ingatkan itu.
sedang ingatkan kau.