Monday, 16 January 2012

Ini - Episod Satu

Lama tak hadap blog ni.
Sebab.
Lappy kunun-kunun comel itu.
Telah meninggalkan dunia yang fana ini.
R.I.P Mr.Lappy.
Kali ni. Abam nak rebiu (Apakah?) perkara-perkara.
Yang berlaku dalam hidup abam.


1. Abam sekeluarga telah berpindah ke rumah baru.
Masih lagi abam dan keluarga tinggal di rumah jenis tinggi dan banyak pintu.Abam masih suka menggunakan istilah rumah burung.
    
2. Tempat baru ada sedikit hutan.Boleh berangan macam berada di tempat peranginan.Kunun-kunun lah.Oh! U.A pun dah pandai nak bermain di taman permainan.Pernah jugak beliau lencun kerana bermain dengan air pancut.(Apakah?)

3. Tempat tinggal baru kira-kira 15 kilometer untuk sampai ke   pejabat.Ketika cuti sekolah,kira-kira 15 minit untuk sampai ke pejabat.
Ketika tidak cuti sekolah, kira-kira 30 minit untuk sampai ke pejabat.Seronok kan?  Pagi-pagi senaman kaki dan mulut.

4. Kadar tol pergi dan balik ialah RM2.Dan sesak.

5. Sekarang terpaksa bangun awal. Seawal jam 05:30 pagi.

6. U.A kadang kadang tidur semasa perjalanan pagi nak ke Taska beliau.Kalau beliau terjaga, tak senang duduk dipangkuan The Wife. Beliau kagum dengan lampu-lampu kenderaan bergerak.Pernah juga U.A tidur di dash board

7. Entri kali ini seboleh-bolehnya menggunakan bahasa melayu.

8. U.A sekarang sudah berusia setahun 2 bulan. Tapi.
Beliau masih belum berjalan dengan sendiri.

9. U.A sudah 2 kali dibotakkan oleh abam. Dulu, masa rambut U.A panjang.Rambut beliau sentiasa terpacak.The Wife yang buat. Baru remaja.Kata The Wife lah.

10. Alat mainan U.A dah 3 bakul. Tapi separuhnya telah rosak. Asyik kena dipermainkan secara kasar. :)

11. U.A sekarang amat aktif.Tapi Abam dan The Wife maintain tak kurus.

12. Oh.Kikie tinggal dengan kami. Beliau melakukan latihan amali di sebuah syarikat berdekatan dengan KLCC.

13. Ketika entri ini ditulis, The Wife baru tersedar dari tidur.    Selepas menyusukan U.A. Alhamdulillah. U.A masih belum putus dengan susu ibu.

14. http://nurullovebeauty-nuyu.blogspot.com adalah blog terbaru The Wife. Blog lama telah ditutup. Beliau takut terlebih  glamor.

15. Ketika point ke 15 ini tulis,Abam berkira-kira untuk berhenti saja di point ini.
Nanti sambung ke Episod ke Dua. InshaAllah.

 

3 comments: